Program Kerohanian Hiasi Ramadan TV AlHijrah

KUALA LUMPUR – Bagi menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan Ramadan pada tahun ini, saluran televisyen Islamik, TV AlHijrah menghidangkan pelbagai program kerohanian bagi pengisian berilmiah buat pengikut setianya.

Antara program-program yang telah disusun ialah 30 Minit Bersama Ustaz Kazim Elias, Finding Him With Aliza Kim, Dokumentari Nuzul Quran: Halaqah Makassar, Ayat Riwayat Muhammad Utusan Terakhir: Palestin, Sirah Bumi Anbiya, Ziarah Cinta Di Bumi Uthmaniah, Lazeez Jiddan, Queen of the Deen dan Walk His Way yang dihoskan oleh Mizz Nina.

2
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TV ALHIJRAH, IZELAN BASAR.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izelan Basar berkata penerapan program kerohanian ini akan mewarnai sepanjang 30 hari Ramadan dan sebarang program berbentuk hiburan dan drama akan dihentikan seketika bagi menghormati bulan mulia.

“Sepanjang 30 hari Ramadan kami akan menyajikan program berbentuk kerohanian bagi bersama-sama menghidupkan pengisian penuh berilmu dan bermanfaat buat umat Islam.

“Ini adalah bersesuaian dengan tema TV AlHijrah, Penghijrahan Fenomena dan Islam is First Class yang cuba diterapkan oleh kami untuk penonton di luar sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramadan Screenings 2016 ‘Ramadan Bulan Kegembiraan’ di Hotel Royal Chulan, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Dr. A. Bakar Sarpon dan Pengurus Besar Kanan TV AlHijrah, Zainal Rashid Ahmad.

13

7

Selain daripada itu, TV AlHijrah juga bakal bersiaran selama 24 jam sehari bermula 1 Jun ini.

“Bermula 1 Jun ini, TV AlHijrah akan menemani penonton berterusan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dengan kandungan program yang pastinya akan memberikan kepuasan maksimum kepada penonton.

“Pastinya ia siaran 24 jam yang penuh manfaat dan memantapkan iman!” ulas Izelan lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s