37 PEGAWAI IMIGRESEN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Logo_of_Department_of_Immigration_Malaysia.svg

SEPANG, 31 Mei – Sebanyak 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi.

Daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji, katanya.

“Pegawai yang terlibat daripada skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu-pintu masuk utama negara, ada juga pegawai teknologi maklumat serta pegawai yang bekerja dengan vendor sistem itu.

“Ada antara mereka ini yang baru bekerja selama enam bulan dan yang paling lama dalam perkhidmatan kira-kira 15 tahun,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini.

Ditanya sama ada pegawai terbabit akan didakwa di mahkamah kerana salah guna kuasa, katanya, ia tertakluk kepada siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat unsur jenayah.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s