Cigarettes are seen during the manufacturing process in the British American Tobacco Cigarette Factory (BAT) in Bayreuth, southern Germany, April 30, 2014. British American Tobacco, the world's No. 2 cigarette maker, posted improved sales volume for the first quarter, though foreign exchange rates were a big drag on revenue. Picture taken April 30, 2014. REUTERS/Michaela Rehle (GERMANY - Tags: BUSINESS)

SINGAPURA, 31 Mei (Bernama) — Sejumlah 2,221 karton rokok seludup dan 70 bungkusan mengandungi 70 kilogram tembakau boleh diproses dirampas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas dua hari lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, ICA berkata bahan larangan tersebut ditemui di dalam sebuah bas yang didaftar di Malaysia yang dipandu seorang lelaki Malaysia berumur 37 tahun.

Barangan tersebut ditemui dalam pelbagai kompartmen bas berkenaan.
Pemandu, bas, rokok dan tembakau itu telah diserahkan kepada pihak kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

ICA berkata jumlah duti dan Cukai Barang dan Perhidmatan rokok dan tembakau tersebut masing-masing bernilai kira-kira S$199,810 (S$1=RM2.97) dan S$19,270.

BERNAMA