KEMENTERIAN PERTAHANAN MAHU MAJU TANAH TERBIARNYA UNTUK HASIL MAKANAN

hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kementerian Pertahanan bercadang menyewa tanah terbiar miliknya bagi menampung keperluan bekalan makanan negara, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementerian berkenaan akan bekerjsama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta syarikat perladangan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Pegawai kementerian telah diarahkan untuk mengenal pasti tanah terbiar dan yang tidak dimajukan untuk disewa kepada pihak yang berminat bagi menanam misalnya dengan padi, jagung dan tanaman lain,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-30 di sini hari ini.

Beliau berkata dengan berlakunya kemarau dan banjir, perubahan cuaca, ketidakselamatan makanan telah menjadi perkara keselamatan dan pertahanan.

“Memandangkan tanaman bukan merupakan bidang kepakaran Kementerian Pertahanan, kerjasama inklusif kemungkinan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan syarikat-syarikat perladangan sedang difikirkan,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s