PELAKSANAAN PROGRAM MyBERAS DITANGGUH

program MyBeras

Program MyBeras

PUTRAJAYA, 31 Mei – Pelaksanaan program MyBeras yang sepatutnya bermula 1 Jun ini ditangguhkan, umum Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Penangguhan dibuat untuk memberi ruang kepada penambahbaikan mekanisme pengagihan, katanya dalam satu kenyataan.

“Saya bagi pihak kementerian memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” katanya.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Di bawah program itu setiap keluarga yang layak akan menerima 20 kilogram (kg) beras setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada bulan lepas dilaporkan berkata seramai 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20 kg beras percuma setiap bulan menerusi program MyBeras.

Jumlah penerima bantuan dibuat berdasarkan data e-Kasih yang dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sehingga 15 Mac lepas, katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s