10,724 PREMIS DIPANTAU DALAM OPERASI PENGASINGAN SISA PEPEJAL

ASING SAMPAH

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Sebanyak 79 taman perumahan melibatkan 10,724 premis di negeri-negeri terlibat dipantau dalam operasi pengasingan sisa pepejal hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pemantauan itu dilaksanakan oleh 245 anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang dilantik bagi memastikan pemilik premis mengasingkan sampah mengikut arahan yang ditetapkan.

“Kita berharap agar masyarakat tidak memandang remeh pelaksanaan ini kerana tabiat pengurusan sampah yang baik akan menjadi satu tanda aras masyarakat yang bertamadun,” katanya.

Abdul Rahman berkata kos pengurusan bagi pengasingan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh Malaysia tahun ini mencecah RM2 bilion.

“Saya berharap melalui pelaksanaan ini, kos itu dapat dikurangkan untuk digunakan buat keperluan lain antaranya bagi pembinaan sekolah, universiti dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Promosi Pemasangan Pelekat Pengasingan Sisa Pepejal, di sini hari ini. Mulai hari ini, penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Johor akan didenda jika mereka tidak mengasingkan bahan sisa pepejal.

Langkah pengasingan tersebut yang diperkenalkan sejak 1 Sept tahun lalu akan mengenakan denda maksimum sehingga RM1,000 kepada mereka yang melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Penyewa atau pemilik premis bertanah boleh didenda RM50 bagi kesalahann pertama, RM100 (kesalahan kedua) dan RM500 (kesalahan ketiga) sementara bagi premis bertingkat dendanya ialah masing-masing RM100, RM200 dan RM500.
Abdul Rahman berkata pihaknya tidak akan menggesa negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak untuk turut terlibat dalam pelaksanaan itu.

“Jika mereka tidak mahu pakai Akta 672 ini, sekurang-kurangnya mereka perlu mempunyai mekanisme tersendiri yang terbaik dan mengikut standard dunia,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s