EMPAT LELAKI DITAHAN TANGKAP IKAN TANPA PERMIT DI PONTIAN

bot nelayan

Gambar hiasan

JOHOR BAHARU, 1 Jun – Empat lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana dipercayai menangkap ikan tanpa permit di dua batu nautika dari Pantai Pontian, petang semalam (31 Mei).

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata pada tangkapan pukul 3.30 petang itu, dua warga Indonesia itu didapati menggunakan pas lawatan manakala dua lagi adalah penduduk tetap, kesemua mereka berumur antara 35 hingga 50 tahun.

“Kedua-dua bot nelayan yang dirampas itu didapati membawa hasil tangkapan pelbagai ikan dan udang seberat 50 kilogram dengan nilai rampasan termasuk bot dan pukat lebih kurang RM15,000,” kata Khiu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keempat-empat mereka ditahan kerana melakukan kesalahan bekerja sebagai nelayan tanpa permit yang sah mengikut Akta Perikanan 1985. Kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pontian untuk tindakan lanjut, kata Khiu. Menurut beliau, pasukannya sentiasa memberi perhatian mengenai kegiatan menangkap ikan tanpa permit dan akan meningkatkan lagi pemantauan serta rondaan dalam usaha membanteras kegiatan itu.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s