PAHANG KOMITED JAYAKAN KERJASAMA MALAYSIA-CHINA

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob

Menteri Besar Pahang,
Datuk Seri Adnan Yaakob

KUANTAN, 1 Jun – Kerajaan Pahang komited untuk menjayakan kerjasama antara Malaysia dan China terutama yang melibatkan projek Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP). Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata salah satu pendekatan yang diambil pihaknya adalah dengan memberikan kelulusan segera kepada projek berkaitan kedua-dua negara.

“Kita akan berikan kerjasama untuk memastikan MCKIP berjaya menjadi sebuah kawasan pelaburan berdaya saing dengan memberikan kelulusan secepat mungkin terhadap projek berkaitan. “Ini secara langsung akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan hubungan yang erat bagi kedua-dua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam promosi bersama Malaysia-China, di sini malam tadi. Hadir sama, Timbalan Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Zhang Xiaoqin.

Adnan berkata perbincangan juga akan diadakan dari semasa ke semasa dan beliau sendiri akan menyertai delegasi Pahang ke Nanning, China pada September depan.

“MCKIP melibatkan sektor yang besar antaranya pembuatan, industri keluli, automotif dan plastik. Banyak peluang pekerjaan dapat dicipta selain memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di sini. “Lebih penting ia memberi impak yang besar bukan sahaja di Pahang, bahkan Terengganu, Kelantan dan Mersing, Johor,” katanya.

Sementara itu, Zhang Xiaoqin berkata beliau amat berbesar hati dengan kerjasama tersebut selain kagum dengan budaya Malaysia terutama di Pahang yang memiliki pelbagai kaum dan budaya.

“Baru-baru ini kita menyambut Hari Qinzhou di Kuantan yang mempersembahkan seni dan kebudayaan masing-masing, sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua bandar. “Kami berharap kita mampu bersama berkembang dari segi ekonomi, budaya dan pembuatan menerusi MCKIP, bagi memajukan dua negara ini,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s