SIAPA JAGUH SILAT REBUT RM100 RIBU?

final silat

Silat memiliki sejarah panjang dalam budaya Melayu dan sejarah Nusantara. Silat yang bertapak bersama runut sejarah Melayu turut mengalami Islamisasi seawal abad ke 10 dengan pelbagai perubahan berdasarkan syariat Islam.

Itu sejarah 1000 tahun lalu. Seawal abad ke 15, silat diuji lagi sebagai benteng terakhir Empayar Melayu Islam di Nusantara apabila armada Eropah mula menjarah.

Kedatangan Portugis di Melaka, serta pencerobohan Belanda di seluruh kesultanan Melayu Jawa Islam meletakkan sejarah silat semakin besar dan berpengaruh sebagai senjata fizikal dan kerohanian umat Islam Nusantara dalam mempertahan dan membebaskan tanahair.

Silat bangkit sebagai gerakan perang serang hendap selama lebih 400 tahun dalam era orang Melayu Nusantara melawan pendudukan Eropah. Malah, berterusan sampai ke era Inggeris menduduki Tanah Melayu mulai 1824.

Sejak Inggeris muncul, kebangkitan silat di tangan pahlawan Melayu makin menyerlah. Nama-nama besar seperti Datuk Bahaman, Datuk Mahajalela, Datuk Sagor, Mat Kilau, Tok Janggut serta puluhan catatan lain adalah bukti sahih, silat penggerak utama gerakan anti penjajah dan perlawanan menuntut kemerdekaan.

Justeru, silat wajar terus hidup dan menjiwa dalam peradaban Melayu tanpa had masa dan kekangan politik.

IMG-20160601-WA0003

Ahmad Syahmi Shaari

Malam ini, silat akan diangkat sekali lagi ke tingkat martabat lebih tinggi. Kali ini di gelanggang TV.

Akademi Silat Pendekar Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan menutup jendela pertarungan 13 minggu apabila jaguhnya diumumkan malam ini.

Hadiah RM100 ribu bukan ukuran. Tanda aras sebenar ialah falsafah Tun Tuah silat ialah mengenai laungan Hidup Melayu yang tidak akan bererti kalau silat sudah mati.

Empat finalis akan bertarung dalam disiplin tinggi sebelum dinobat sebagai Pendekar Muda. Aksi dan disiplin akan dinilai secara halus dan profesional oleh Juri Tetap Ebby Yus yang juga aktivis silat yang disegani.

4 pendekar muda finalis bakal bertarung ialah Ahmad Syahmi Shaari (Amy) wakil Kuala Lumpur, Mohammad Syahmi Azri Zaini (Ayie) wakil Johor, Muhammad Adib Jamaludin (Adib) dan Mohd. Syamil Jamal (Syamil) dua finalis anak jati Kedah.

Pentas tontonan Akademi Silat Pendekar Muda dibuka secara percuma. Penonton sekitar Shah Alam dijemput hadir untuk melihat secara langsung tempur final di Kompleks Sukan Negara  Panasonic Shah Alam atau di Layar Besar Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Jom! Serbu Shah Alam kerana anda juga berpeluang menikmati juadah Bubur Lambuk Alhijrah dengan 10 trak yang disediakan.

Menu bubur lambuk terbaik Malaya dari Masjid Kampung Baru menanti anda!

IMG-20160601-WA0006

Mohammad Syahmi Azri Zaini

IMG-20160601-WA0004

Muhammad Adib Jamaludin

IMG-20160601-WA0005

Mohd Syamil Jamal

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s