TPP TIDAK JEJAS PENYATUAN ASEAN

MUSTAPA MOHAMED_TPPA

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak akan menjejaskan penyatuan ASEAN sebagai satu komuniti tunggal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata terdapat banyak perbincangan yang dijalankan dalam kalangan negara ASEAN bagi menyebarkan maklumat berkenaan cabaran dan peluang yang ditawarkan oleh TPP.

“Ada juga hasrat dalam kalangan negara ASEAN yang belum lagi menjadi anggota TPP untuk mengetahui apa itu TPP dan kita telah beri taklimat pada mereka pada Mac lalu semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN,” katanya kepada pemberita di Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2016 di sini hari ini.Mustapa adalah antara ahli panel pada forum berkenaan.

Menurut Mustapa lagi, satu bengkel mengenai TPP akan diadakan di Filipina tahun ini bagi membolehkan negara-negara TPP dalam ASEAN memberikan lebih kefahaman kepada negara lain yang masih belum menjadi anggota TPP. Beliau berkata usaha berkenaan merupakan sebahagian komitmen ASEAN untuk terus mengintegrasikan ekonomi di rantau ini seiring dengan Pelan Induk 2016-2025 yang menyasarkan rantau ini sebagai ekonomi tunggal.

Forum dua hari bertemakan “Membentuk Agenda ASEAN bagi Rangkuman dan Pertumbuhan” disertai oleh 587 peserta termasuk para pemimpin negara dan ketua industri khususnya dari Malaysia serta rantau ini.
Forum berkenaan menjadi platform bagi melahirkan idea dan dasar baharu yang boleh membantu memulihkan ekonomi global.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s