TRAGEDI KL GENGSTER 2 : SYAMSUL MARAHKAN TUHAN

Selepas KL Gengster mencipta fenomena sebagai filem aksi jenayah dengan kutipan pecah panggung RM 12 juta, puluhan ribu peminat filem Melayu menunggu kemunculan sekuel filem yang menampilkan Aaron Aziz dan Zizan Razak.

Filem dengan latar jenayah itu memberi impak bear terhadap pengarahnya Syamsul Yusuf. Anak muda ini selaku pengarah, telah meletakkan tanda aras yang tinggi bagi kutipan pecah panggung genre filem aksi. Selain keuntungan, resepi aksi ganas serta pengajaran dari dunia gengster, membuatkan peminat menanti KL Gengster 2.

Malangnya, setelah berusaha keras menyiapkan KL Gengster 2, Syamsul ditimpa bencana. Salinan filemnya bocor dan bebas ditonton di atas talian. Risikonya, syarikat filem milik keluarganya kini berdepan tekanan kerugian.

“Kejadian ini menimpa filem kelapan arahan saya. Ini ujian besar babitkan kewangan syarikat, keluarga dan peribadi. Saya kecewa dan sangat marah. Malah, secara tidak sedar saya marahkan Tuhan juga,” dedah Syamsul.

Namun, ujian itu menyedarkan Syamsul betapa diri jauh tersasar dan hilang pegangan. Apabila filem bocor itu ditayangkan dan masih mampu mengutip keuntungan dengan RM7 juta, Syamsul sedar kesilapannya. Betapa dirinya lemah, walaupun Allah hanya mengujinya dengan isu kebocoran.

img-20160601-wa0015.jpg

Syamsul berkongsi semua rahsia dan isi hatinya dalam program Thank You Allah di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang.

Mengenai kreativiti seni sebagai karyawan filem, Syamsul mengakui, pada satu ketika dirinya sangat pesimis dengan Islam.

“Dahulu saya anggap agama membataskan kreativiti saya. Tidak boleh buat itu dan ini,” katanya.

Namun akhirnya anak muda ini sedar: “Kalau kita bergantung kepada Allah kita bertanya kepada Allah, Allah akan jawab. Tanpa sedar Allah akan jawab dan permudahkan semua.”

Dalam majlis yang padat dengan lebih 600 jemaah yang hadir, Syamsul turut berpesan supaya manusia tidak melakukan sesuatu kerana mahukan pujian manusia.

“Bergantunglah kepada Allah sebulat-bulatnya. Kalau mengharap kepada pujian manusia, akan merasa kecewa,” katanya.

Turut bersama Syamsul dalam sesi itu ialah bekas gengster Yishun Singapura, Ababg Long Fadil. Program turut dibarisi Ustaz Syed Norhisyam dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Program ini dirakamkan untuk siaran TV dan akan disiarkan TV Alhijrah pada Khamis 2 Jun pukul 10 malam.

Jangan lupa mengikuti luahan hari Syamsul Yusuf dalam #PenghijrahanFenomena, rancangan yang menampilkan sisi mulia di balik nama-nama yang sensasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s