4 JAM SELEPAS SAHUR WAKTU SESUAI DERMA DARAH

DERMA DARAH

KANGAR, 2 Jun – Umat Islam walaupun berpuasa, boleh menderma darah dan Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini memerlukan lebih ramai penderma bagi mengelakkan bekalan darah berkurangan sepanjang Ramadan dan cuti perayaan akan datang.

“Waktu yang sesuai untuk datang menderma darah bagi yang berpuasa ialah dalam tempoh empat jam selepas makan sahur, antara pukul 8 hingga 9 pagi,” menurut Ketua Jabatan Patologi HTF, Dr Liza Dat dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa orang ramai yang sihat tubuh badan, tiada masalah kesihatan dan berumur antara 18 hingga 60 tahun, digalakkan menderma darah dalam tempoh itu. Sepanjang Ramadan, pusat Tabung Ddarah HTF turut dibuka pada sebelah malam bermula 8.30 hingga 11 malam pada setiap Selasa iaitu 7, 24, 21 dan 28 Jun depan.

Untuk operasi pada sebelah siang ia dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang dan rehat antara pukul 1 dan 2 petang setiap Isnin hingga Khamis. Pada Jumaat pula, ia beroperasi pada 8 pagi hingga 5 petang, dan waktu rehat antara pukul 12.15 tengah hari dan 2.45 petang.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s