MB TERENGGANU MINTA HENTI SEBAR BERITA PALSU

KUALA TERENGGANU 22 APRIL 2016. (WAWANCARA KHAS UNTUK BERITA MINGGU BH) Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA NERUS, 2 Jun – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan menyebarkan berita palsu berhubung suasana politik di Terengganu menerusi media sosial terutama WhatsApp.

Katanya tindakan tidak bertanggungjawab itu yang turut mengaitkan agensi berita nasional Bernama, akan mengelirukan orang ramai sekaligus mengganggu- gugat kestabilan negeri Terengganu, akibat ada yang terpengaruh dengan berita yang tidak sahih itu.

“Yang mustahak hari ini, saya difahamkan semua isu ini telah dibuat siasatan oleh pihak polis dan juga SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Jadi saya harap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikesan. “Saya mahu orang yang bertanggungjawab ini diheret ke muka pengadilan untuk memberi pengajaran supaya tidak lagi berlaku sebarang fitnah dan perkara-perkara yang boleh menganggu kestabilan negeri,” katanya.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berita palsu bertajuk ‘Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu’ di sini semalam.

Artikel berkenaan yang tersebar sejak pagi semalam sekali lagi memetik Bernama sebagai sumber dan nama Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah sebagai penulis. Zalina Maizan menafikan beliau menulis artikel itu dan akan membuat laporan polis serta aduan kepada SKMM.

Dalam pada itu Ahmad Razif menasihatkan orang ramai khususnya rakyat di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan artikel atau sebarang maklumat yang disebarkan menerusi media sosial tanpa mengenal pasti kesahihan berita tersebut.

“Mungkin ada yang tidak senang dengan kestabilan politik yang sedang berlaku di Terengganu. Jadi saya harap orang ramai tidak terpengaruh dengan cerita-cerita sebegini. “Apa yang penting sekarang ini adalah Terengganu hendak bergerak ke hadapan dan yang penting bagaimana kita nak membangun negeri Terengganu dan rakyat mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Zalina Maizan telah membuat laporan polis berkaitan artikel palsu yang memetik Bernama sebagai sumber bertajuk ‘Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu’ dan pada 20 April lalu, laporan polis kedua dibuat berkaitan artikel ‘PAS Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri’.

Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk ‘UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya – Veteran’, dan pada 16 Mei mengenai berita bertajuk ‘Najib Tangguh Lawatan Rasmi ke Terengganu’ dan ‘SKMM Tahan Empat Individu Kes Sebar Berita Palsu.’

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s