PERHILITAN KEDAH TAHAN REMAJA MILIKI BURUNG LIAR

Burung-Murai-Batu

Burung Murai Batu

ALOR SETAR, 2 Jun – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah menahan seorang remaja kerana memiliki burung pelbagai jenis daripada spesies tempatan bernilai RM50,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Tanjong Pauh, Jitra, semalam.

Serbuan pada pukul 4 petang itu membawa kepada penemuan sembilan burung pelbagai spesies iaitu tiga ekor burung ayam-ayam, seekor lang sewah, seekor burung sintar, seekor burung daun, seekor burung lureh leher, seekor burung punai daun dan seekor burung murai batu.

Pengarah Perhilitan Kedah Mohamad Hafid Rohani berkata hasil risikan pegawainya selama seminggu mendapati remaja berumur 22 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen atau surat pengesahan daripada Jabatan Perhilitan untuk memiliki burung-burung terbabit.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek menjalankan urusan penjualan burung secara dalam talian dan pembelian terus manakala pengiklanan dilakukan selama beberapa jam di laman sosial sebelum dipadam bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Suspek telah menjalankan operasi selama enam bulan. Seekor burung murai batu boleh dijual dengan harga RM8,000,” katanya kepada pemberita di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang di sini, hari ini.

Mohamad Hafid berkata remaja terbabit ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini di Balai Polis Jitra untuk siasatan lanjut dan sekiranya disabitkan kesalahan akan didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Dalam kes ini, penalti bagi kesalahan pertama akan dikenakan di bawah Seksyen 60(1)(a) suspek boleh didenda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. “Seterusnya bagi penalti kesalahan kedua akan didakwa di bawah Seksyen 68(1)(a) dan suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata semua burung itu akan dilepaskan di habitat asal di negeri ini dalam masa terdekat.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s