FAMA JANGKA SEJUTA ORANG HADIRI ‘KENDURIAN’ SEMPENA FIESTA DURIAN 2016

aid414475-728px-Eat-Durian-Step-1Bullet2

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan sejuta orang akan menghadiri acara “KenDurian” sempena Fiesta Durian 2016 selama tiga hari bermula 29 Julai ini.

Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata acara itu akan berlangsung serentak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di Perak, perkarangan Masjid daerah Barat Daya, Balik Pulau di Pulau Pinang dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Pengunjung berpeluang membeli pelbagai jenis durian sepanjang tiga hari itu seperti Musang King, durian kampung dan durian klon,” katanya pada sidang media di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini. Selain itu, FAMA akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kembara Durian Antarabangsa Malaysia, Durian Fun Run, Konvensyen Durian Asia, Durian Cyclethon dan Durian Master Chef.

“Kita mahu buah durian bukan setakat dimakan tetapi dijadikan sebagai aktiviti hiburan yang mempunyai kelasnya tersendiri selain menjadi pilihan bertaraf korporat,” katanya.

Badruddin berkata acara kemuncak ‘The Longest Durian Crepe’ sepanjang 500 meter, yang bakal disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records, akan diadakan di Balik Pulau. Sementara itu, Fiesta Durian akan diadakan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga akhir September ini bagi mempromosikan produk buah-buahan tempatan termasuk manggis dan rambutan kepada pengemarnya selain menarik minat pelancong asing.

FAMA menyediakan 3,500 tan durian sepanjang fiesta itu dengan anggaran nilai belian RM20 juta.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s