KEMATIAN MENANTU TPM, POLIS AMBIL KETERANGAN KAKITANGAN KLINIK GIGI

pdrm

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia kelmarin susulan rawatan gigi di Bangsar.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis merakam percakapan mereka yang terdiri daripada kakitangan klinik gigi itu dan individu lain.

“Punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih dalam proses mendapatkan laporan bedah siasat daripada hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Amar Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37. Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri. Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s