RM700,000 DIPERLUKAN BAGI MISI BANTUAN RAMADAN KE YAMAN

MRA

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Malaysian Relief Agency (MRA) menyasarkan RM700,000 bagi mengisi dana bantuan kemanusian rakyat di Yaman untuk menyambut Ramadan yang bakal menjelang.

Timbalan Presidennya Khairil Annuar Khalid berkata keperluan asas seperti makanan dan bekalan air bersih amat diperlukan penduduk di negara yang sedang bergolak itu untuk menjalani ibadah puasa.

“Setakat ini kita dapat mengumpulkan RM150,000. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk membeli makanan asas seperti tepung, beras, minyak dan bekalan air bersih.¬†“Bantuan yang disalurkan akan diagihkan ke wilayah yang terjejas mengikut keperluan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sumbangan yang diperolehi juga akan digunakan untuk menampung keperluan asas lain seperti ubat-ubatan dan juga peralatan perubatan. Khairil berkata selain dari Yaman, barang keperluan akan dibawa masuk dari Djibouti dan Oman melalui kerjasama Malaysia dengan badan bukan kerajaan di Yaman.

Sebelum ini, MRA telah menyalurkan lebih daripada 5,000 pek makanan kepada penduduk di wilayah yang bergolak di Yaman iaitu di Sana’a, Aden, Taiz, Hajjah dan Turbah.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s