image

Taiwan memiliki sejarah kenegaraan yang unik. Sejarah jatuhnya kerajaan demokrasi pimpinan Chiang Kai Shek di China, yang terpaksa melarikan diri ke Taiwan adalah detik awal terbentuknya kuasa demokrasi tunggal di wilayah majoriti penduduk China.

Chiang Kai Shek lari ke Taiwan setelah dikalahkan Tentera Merah pada 1949.

Sejak itu, hingga hari ini Taiwan yang dihuni 23 juta penduduk sering berkonfrantasi dengan Beijing.

Provokasi kedua-dua kerajaan sentiasa menjadi perhatian dunia kerana sebarang bentuk ketegangan bersenjata akan menyebabkan Laut China Selatan dipenuhi armada perang tanda campurtangan Amerika Syarikat dan Russia.

Namun, kontroversi pulau ini tidak menghakis popularitinya. Taipei kekal sebagai titik pesona pelancong dunia yang mahu melihat sebuah negara penduduk Cina yang konservatif tetapi demokratik.

image

image

Hos Soal Wanita, Farahanim Razak turut dipegun keinginan melihat realiti Taipei dan warna demokrasi yang terus dipertahankan penduduk Taiwan.

Paling menarik ialah peluang mengunjungi lokasi menarik seperti Syntrend yang terkenal sebagai pusat digital.

Bagi peminat permainan virtual,  Syntrend antara titik biru yang menawarkan pelbagai versi menarik permainan virtual.

image

image

Sebagai kota mesra muslim, lawatan ke Taipei tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke restoran halal seperti Restoran Hui Guan dan Ice Monster.

Malah Hotel Atami dan Hotel Sherwood turut tersenarai sebagai destinasi makanan halal yang mewah dengan hidangan hasil tangkapan laut.
Kru Soal Wanita turut berpeluang merakamkan aksi selebriti tanahair, Dato’ Fazley Yaacob yang turut berada di Taiwan bagi mempromosi makanan halal Malaysia.

Saksikan pertarungan memasak yang penuh dengan aksi dramatik antara Fadzley dan Chef Nieh dari Restoran Hui Guan.

Semua ini dalam Soal Wanita siaran Sabtu 4 Jun pukul 2.05 petang.