CINTA ILMU RAMADAN : JUADAH MINDA SEBELUM BERBUKA

image

Ramadan Bulan Ilmu – begitulah kelangsungan tema program Cinta Ilmu yang secara konsisten bersiaran sejak empat tahun lalu sebagai program Hard Talk Islam yang berpaksikan pada budaya pencerahan minda dan kerohanian berdasarkan ajaran Islam sebagai penyuluh kehidupan.

Cinta Ilmu menjadi trending sejak awal penyiarannya apabila memperkenal barisan ulama dan ilmuan tersohor Islam di rantau Nusantara. Antara tokoh utama program ini termasuk Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makhi dan Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri.

Pada Ramadan kali ini, Cinta Ilmu meneruskan tradisi keilmuan tasawuf hariannya dengan mengupas perincian keilmuan Islam dalam konteks amalan hidup seharian ketika menunaikan Rukun Islam ketiga.

Justeru, bagi pecinta ilmu, sepanjang bulan puasa ini, pada setiap Isnin hingga Sabtu, enam hari seminggu, penonton berpeluang mendalami pelbagai pembentangan ilmu yang berkait dengan amalan harian termasuk menyentuh ilmu hadis, akidah, fiqh dan juga kekeluargaan bersama 5 ilmuan tersohor.

Panel-panel yang akan mengisi slot Cinta Ilmu sempena kerahmatan Ramadan al Mubarak kali ini ialah Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustaz Ebit Lew, Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus dan Ustazah Isfadiah Dasuki.

image

image

Ramadan bukan bulan menahan lapar dan dahaga semata-mata. Ramadan harus dilengkapkan dengan mengisi mujahadah jiwa dengan santapan rohani dan kemurnian akidah Islam.

Sesuai sebagai juadah minda, Cinta Ilmu akan bersiaran setiap 6.15 petang selama satu jam. Ini melengkapi strategi kandungan yang menfokuskan usaha memperkayakan minda dan jiwa dalam semangat amalan berpuasa.

Cinta Ilmu disajikan TV Alhijrah sebagai kompas mujahadah jiwa dalam amalan puasa.

Kesemua pendakwah dan ilmuan yang dipilih bagi mengisi sinar cahaya di penghujung hari sepanjang Ramadan ini, akan menghuraikan pengisian amalan puasa secara lebih filsuf.

Justeru, jangan terlepas peluang melengkapkan Ramadan anda sebagai Bulan Ilmu dan Amal sejajar dengan hadis Rasulullah SAW terutama memahami falsafah puasa dalam Islam, bersikap adil menurut Islam dan berdoa apabila dizalimi.

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga dia berbuka, (2) imam yang adil  (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

image

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s