ERL5

Perkhidmatan biasa tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang tergendala sejak semalam disambung semula 3 petang tadi selepas selesai kerja pembaikan.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), menerusi laman Facebook memaklumkan perkhidmatannya tergendala berikutan kerosakan pada trek, tren dan talian kuasa dalam kejadian ribut semalam.

erl
Selepas diperbaiki, tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit beroperasi sebagai perkhidmatan yang digabungkan mulai jam 4.30 pagi hingga 3 petang.

Katanya, keseluruhan perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 akan mengambil masa tujuh hingga lapan minit lebih lama daripada perkhidmatan KLIA Ekspres biasa.ERL2
ERL berkata semua pelepasan dan ketibaan akan dilakukan dari platform KLIA Ekspres, dan orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada jadual perjalanan yang disemak semula dan dimuat naik ke laman Facebook rasminya.

Ribut kuat yang melanda ibu kota kira-kira 6 petang semalam mengakibatkan kerosakan pada struktur landasan ERL antara Bandar Tasik Selatan dan Putrajaya.