Nizip-refugee-camp

TURKI – Seorang pedofil dihukum 108 tahun penjara selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas berpuluh kanak-kanak lelaki pelarian Syria.
Tertuduh yang merupakan seorang tukang cuci di Kem Pelarian Nizip di Gaziantep tenggara Turki, didakwa melakukan perkara terkutuk itu sejak September tahun lalu hingga awal tahun ini.
Suspek berusia 29 tahun yang hanya dikenali sebagai E.E, mengaku mengumpan kanak-kanak ke kawasan yang tidak dipantau kamera pengawasan seperti tandas dan bilik air untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas membayar 1.5 hingga 5 lira atau RM 2 hingga RM 7. P030722000102-695565
Dianggarkan 30 budak lelaki Syria berusia 8 hingga 12 tahun menjadi mangsa tertuduh. Lebih mengejutkan E.E turut mendakwa ramai pekerja dan pengurus di kem terbabit mendera kanak-kanak pelarian secara seksual. SYRIA KIDS4
Pihak Berkuasa Bencana dan Lembaga Pengurusan Kecemasan Turki mengesan perbuatan terkutuk selepas ibu bapa seorang budak lelaki melaporkan perkara tersebut.
Penderaan seksual berkenaan mencetus kemarahan meluas di Turki, yang berbangga memberi perlindungan kepada 3 juta pelarian perang Syria.SYRIA KIDS