KUALA LUMPUR, 8 Jun – Satu gempa bumi kuat, berukuran 6.7 pada skala Richter melanda utara Laut Maluku pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi yang berlaku pada pukul 3.15 pagi itu adalah 114km barat laut Ternate, Indonesia dan 953km tenggara Semporna, Sabah, katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, tiada ancuman tsunami ke atas Malaysia, katanya.

BERNAMA