KERANI DIDAKWA MILIKI BUKU BERKAITAN PENGGANAS

MAHKAMAH

LUMUT, 8 Jun – Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan memiliki buku dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Rafidah Juma’at, 26, yang kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim. Rafidah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung, pada 24 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 28 Julai depan bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s