LEMBAGA PELABUHAN KLANG BIMBANG KEROSAKAN SISTEM MAKLUMAT KASTAM

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) melahirkan kebimbangan akan kerosakan yang sering berlaku dalam Sistem Maklumat Kastam di Westport Pelabuhan Klang.

LPK dalam satu kenyataan hari ini berkata sistem itu di Westport rosak pada pukul 2.00 pagi hari ini yang mana berikutnya kontena terpaksa diperiksa dan dikeluarkan secara manual bagi mengurangkan kesesakan. Pengurus Besar LPK Datuk Kapten David Padman berkata isu itu adalah di luar kawalan pihak berkuasa tersebut dan pengendali terminalnya.

“Bagaimanapun, kami melihat situasi itu sebagai kritikal kerana ia boleh membantutkan kecekapan dan pertumbuhan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan nasional serta pelabuhan kontena bertaraf dunia yang terkenal,” katanya.

LPK berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika ini sedang berusaha untuk membetulkan keadaan itu dan menyediakan penyelesaian alternatif sementara bagi pemeriksaan manual kargo. LPK berkata ia dan pengendali terminalnya akan memberikan sokongan penuh dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi memastikan operasi yang lancar dan efisien.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s