MASKARGO GANTI SISTEM PENGURUSAN LOGISTIK

MASKargo_Logo

KUALA LUMPUR, 8 Jun – MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) berjaya beralih kepada Sistem Pengurusan Logistik (LMS) berasaskan awan Unisys, bagi mengurus perkhidmatan kargo domestik dan antarabangsanya, menggantikan sistem sedia ada.

MASkargo berkata kesemua fungsi sistem terasnya, daripada sistem berasaskan kerangka utama, telah beralih kepada LMS dan peralihan itu meliputi penyeragaman dan penyapaduan dengan sistem gudang automatik syarikat penerbangan itu. Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata berdasarkan ciri operasi harian syarikat itu, sistem tugas berat yang boleh diakses secara meluas, diperlukan.

“Sebagai satu sistem berasaskan awan, ia akan membolehkan kami mengakses kedudukan terkini secara teratur dan membuat penambahbaikan pada masa hadapan. “Sistem berasaskan Internet itu menyediakan akses global secara langsung dan berkesan dari segi kos, dan membolehkan pengguna membuat tempahan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja berasaskan kawalan yang dibangunkan dalam sistem itu,” katanya.

Naib Presiden Unisys Logistics Solutions Christopher Shawdon berkata LMS digunakan oleh syarikat penerbangan terkemuka di seluruh dunia bagi mengurus perniagaan kargo udara masing-masing. Model penyampaian berasaskan awan itu membolehkan syarikat penerbangan mengurangkan kos berbanding menggunakan sistem perisian tradisional, dan mempercepatkan tahap perubahan memandangkan penambahbaikan disalurkan kepada pelanggan setiap bulan, kata Shawdon. Model awan itu juga membantu ahli bekerjasama terhadap sebarang perkembangan baharu, katanya.

MASkargo ialah bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, yang memproses kira-kira 1.5 juta kargo setahun. Ia adalah ejen pengendalian darat terbesar di Kuala Lumpur dan berperanan sebagai ejen kepada lebih 30 syarikat penerbangan asing di Advanced Cargo Centre, dalam menerima, memproses dan menghantar kargo yang dibawa dalam penerbangan asing.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s