PEKEBUN KECIL BOLEH TUNTUT INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

GETAH

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pekebun kecil boleh membuat tuntutan insentif pengeluaran getah (IPG) berdasarkan pengeluaran Mei tahun ini dari 1 hingga 30 Jun.

Pekebun kecil di bawah selian agensi kerajaan iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) boleh membuat tuntutan melalui agensi-agensi terbabit.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi Mei tahun ini, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap ialah RM2.10 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.70 sekilogram bagi Sabah dan RM2.00 sekilogram bagi Sarawak.

IPG teraktif bagi Mei 2016, dengan bayaran untuk getah sekerap di peringkat ladang (50 peratus kandungan getah kering) ialah 10 sen sekilogram bagi Semenanjung, 50 sen bagi Sabah dan 20 sen bagi Sarawak. LGM mengaktifkan IPG mulai Januari 2016 apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM5.50 sekilogram (kg) atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.20 sekilogram ke bawah.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s