POLIS LUASKAN KAWASAN CARIAN ‘NENEK’ HILANG

pdrm

MARANG, 8 Jun (Bernama) — Pihak polis hari ini meluaskan radius pencarian seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Bukit Parit sehingga enam kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Suhaimi Mohd Ali berkata kira-kira 50 pasukan keselamatan termasuk penduduk kampung memulakan operasi yang masuk hari ketiga di kawasan itu bermula pukul 9.40 pagi tadi.

“Dalam pencarian semalam kita menemui tuala yang dibawa mangsa namun kita masih gagal menjumpai mangsa dan petunjuk yang lain…hari ini kita menggandakan usaha bagi mencari dalam jarak pencarian yang lebih luas. Selain itu kita turut menggunakan unit anjing pengesan bagi membantu mengesan warga emas terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Isnin lepas mangsa yang dikenali sebagai Fatimah Ismail, 71, gagal pulang ke rumah selepas dipercayai memasuki kawasan hutan itu pada waktu petang. Insiden itu hanya disedari anggota keluarga pada malamnya selepas mendapati Fatimah masih tidak pulang ke rumah.

Anggota keluarganya yang risau mengenai keselamatan Fatimah tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 8.20 malam. Menurut anggota keluarganya lazimnya wanita berkenaan akan keluar bersiar-siar dalam tempoh kira-kira setengah jam dan akan pulang ke rumah sendirian. Susulan laporan itu pihak polis memulakan pencarian dalam radius empat kilometer dari kawasan wanita itu dilaporkan hilang.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s