RINGGIT KEKAL DI BAWAH 4.00 BERBANDING DOLAR US PADA SEPARUH KEDUA 2016

RM

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ringgit dijangka kekal di bawah paras 4.00 berbanding dolar US pada separuh kedua tahun ini, kata RHB Research.

Ia berkata, ringgit dijangka kekal tidak menentu pada jangka terdekat, berikutan ketidaktentuan dasar kewangan AS, persekitran ekonomi global yang mencabar, kemungkinan penurunan nilai yuan China lagi dan kelemahan pegangan asing yang besar ke atas instrumen pendapatan tetap di negara ini.

“Turun naik itu, bagaimanapun, dilihat lebih rendah berbanding tahun lepas berikutan penstabilan harga minyak serta ketidaktentuan politik domestik yang semakin reda,” katanya.

RHB Research berkata, ringgit yang lebih kukuh pada awal Jun dipacu terutama oleh data pekerjaan AS yang lemah yang membawa kepada peningkatan jangkaan Rizab Persekutuan akan melewatkan kenaikan kadar faedah bulan ini.

“Ini turut disokong penstabilan harga minyak mentah global pada sekitar US$50 setong,” katanya.

Sementara itu dalam nota berasingan, Affin Hwang Capital berkata, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sedikit iaitu US$0.1 bilion kepada US$97.3 bilion dalam dua minggu berakhir 31 Mei 2016.

“Paras rizab telah stabil dalam tempoh dua bulan lalu sekitar US$97 bilion,” katanya. Affin Hwang Capital percaya kemampanan lebihan dagangan dan seterusnya lebihan akaun semasa akan terus menyokong paras rizab di negara ini, yang diunjur akan meningkat kepada kira-kira US$100 bilion menjelang akhir 2016.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s