AEROTRAIN KLIA DIHENTIKAN DUA JAM

klia

PUTRAJAYA, 9 Jun – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini dihentikan selama dua jam bagi Latihan Sistem Transit Trek.

Latihan itu yang melibatkan perberhentian perkhidmatan dua buah aerotrain, selesai pada kira-kira tengah hari. Operator lapangan terbang Malaysia Airport Holdings Bhd memuat naik empat makluman dalam akaun facebooknya dalam tempoh empat jam seawal 8 pagi untuk memaklumkan kepada orang awam tentang latihan itu yang bertujuan untuk menguji dan memastikan kesiapsiagaan jika berlaku krisis.

“Operasi kedua-dua buah aerotrain kami di KLIA dihentikan bagi Latihan Sistem Transit Trek. Perkhidmatan bas disediakan untuk mengangkut penumpang sepanjang latihan ini. Dimaklumkan bahawa operasi lapangan terbang tidak terjejas,” menurut makluman itu.

Satu lagi makluman adalah untuk penumpang penerbangan antarabangsa yang meminta mereka pergi ke ‘Bus Lounge’ menerusi eskalator bersebelahan stesen aerotrain.

“Sila ke kaunter penerangan untuk bantuan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini,” kata Malaysia Airports.

Turut dimuat naik dalam facebook itu adalah beberapa keping gambar penunjuk arah jalan untuk ke ‘bus lounge’ dan gambar bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang.
Pada kira-kira 11.53 pagi, Malaysia Airports dalam makluman terbarunya memaklumkan latihan itu telah selesai dengan jayanya dan perkhidmatan aerotrain beroperasi seperti biasa.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s