PELANCONG SINGAPURA HILANG DI PULAU TIOMAN

KUANTAN, 9 Jun – Seorang pelancong Singapura dilaporkan hilang sejak petang semalam di Kampung Paya di Pulau Tioman dekat Rompin.

Difahamkan Sinar Widjoyo Tugi, 73, datang bercuti bersama anggota keluarganya dan kali terakhir dilihat berada di sebuah resot di pulau itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan mangsa. Beliau berkata anggota keluarga mangsa membuat laporan polis lebih kurang 3 petang semalam di Mersing kemudian kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin.

“Sehingga kini mangsa belum ditemui dan polis bersama pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata seramai 14 anggota dan pegawai bomba digerakkan ke Pulau Tioman untuk operasi mencari dan menyelamat lelaki berkenaan.

“Sekarang ini pasukan penyelamat yang terdiri daripada sembilan pegawai dari pasukan STORM (Special Tactical Operation Rescue Malaysia) dan MUST team (Multi-Skill Team) beserta lima anggota dari Balai Bomba Rompin masih giat mencari mangsa,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s