SERANGAN BOM DI ISTANBUL

bendera-turki

PUTRAJAYA, 9 Jun – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Istanbul pada 7 Jun 2016 yang telah meragut beberapa nyawa, termasuk pegawai polis, serta mencederakan orang awam.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.Laporan awal mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul. Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Istanbul hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki.

Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s