APA YANG DITAKUTI DAP PADA PRK? PAS BANGKIT, KEKUATAN ISLAM!

Lim-Kit-Siang-Lim-Guan-Eng

SEBENARNYA Dap boleh menerima hakikat kalau kedua-dua kerusi parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dimenangi Umno. Ini bukan isu, kerana Kuala Kangsar dan Sungai Besar memang secara tradisinya ialah kubu kuat BN. Malah, Umno pernah menikmati majoriti lebih 20 ribu undi di Kuala Kangsar serta 15 ribu undi di Sungai Besar.

Malah, Dap sebenarnya bimbang kerana kemerosotan rekod BN di dua parlimen ini pada PRU 13 yang lalu, dengan hanya memenangi majoriti 399 undi di Sungai Besar dan 1082 di Kuala Kangsar berdepan calon-calon Pas.

Kenapa Dap bimbang?

Sudah tentu Dap takut kerana rekod majoriti tipis itu memberikan Pas peluang untuk merampas kedua-dua kerusi. Ketika Pas sudah bukan lagi rakan sekutunya berikutan pembubaran Pakatan Rakyat (PR), serta kembali ke landas sebagai parti teras yang mahukan mempromosi Islam, perjuangan Pas pasti menjadi ancaman kepada agenda Malaysian Malaysia cara Dap.

Malah, kecenderungan Pas dan Umno untuk bekerjasama demi Melayu dan Islam, walaupun berbeza cara membuatkan fobia lama kembali mengganggu pemimpin parti majoriti Cina itu. Isu kerjasama Pas dan Umno dalam RUU 355 sangat menghantui Dap.

Dap dalam apa juga keadaan sekarang, pasti akan bermati-matian membela kumpulan moderat serpihan Pas yang kini menjadi sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH). Malah, bukan rahsia pun, sejak kumpulan liberal Islam ini memberontak dalam Pas untuk menjatuhkan kepimpinan ulama, Dap memainkan peranan utama dalam memberikan sokongan padu.

Cuma apabila puak sekular liberal moderat ini kalah, dan keluar daripada Pas lalu menubuhkan PAN, Dap mengambil langkah proaktif dalam membela dan menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin PAN.

13177838_956013187798799_8007490336445416023_n

Dalam konteks PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Dap tidak berhasrat melihat BN/Umno tumbang. Dap bekerja keras membantu PAN bagi memastikan undi kumpulan konservatif Islam berpecah dua dan akibatnya akan menyebabkan peluang Pas untuk menang musnah sama sekali.

Jadi tidak hairanlah sekiranya Dap nampak sangat-sangat teruja berada di kedua-dua kawasan PRK ini. Malah, Pemasihat Dap, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sendiri turun padang dan agresif berkempen. Walaupun majoriti pengundi di kedua-dua kawasan adalah Melayu Islam, Dap memainkan peranan berkempan melebihi sekutu utama PH, PKR.

PKR mengetuai Kerajaan Negeri Selangor dengan konsep perkongsian kuasa yang aneh. Dap dan Pas walaupun sudah tidak bersama dan PH, menjadi dua parti yang masing-masing menyumbang 15 kerusi DUN dalam kerajaan campuran di negeri itu, walaupun hakikatnya PKR hanya ada 14 kerusi.

Kempen PAN untuk bertapak di Selangor penting. Kerana Dap tahu PKR melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali boleh berkompromi dengan Naib Presiden Pas, Iskandar Arshad yang juga pemimpin utama Pas Selangor dalam pembahagian kerusi pada PRU 14 nanti. Kompromi begini satu ancaman kepada Dap dalam usaha menghapuskan pengaruh Pas di Selangor.

Justeru, PRK Sungai Besar penting sebagai asas untuk PAN bertapak di Selangor dan seterusnya menentang semua calon Pas pada PRU 14. Walaupun risikonya pertandingan tiga penjuru akan membolehkan BN menang mudah. Bagi Dap, Islam cara Pas lebih menakutkan mereka berbanding nasionalisme Melayu pegangan Umno.

Azmin selaku orang nombor satu PKR Selangor nampaknya menyepi dari mendekati kempen PRK Sungai Besar. Sebabnya mudah – kerana Pas menyumbang 15 kerusi dalam Kerajaan Negeri. Azmin tidak mahu meretakkan hubungan baik dengan Pas yang dibina sejak 2008.

Melihatkan Azmin seperti berkecuali, Dap segera menangguk di air keruh. Walaupun dilihat sebagai orang luar, Dap nampaknya sentiasa berada di sisi dan di belakang kempen PAN.

Beginilah hebatnya ketakutan Dap. Ketakutan terhadap kebangkitan Islam serta ketakutan sekiranya Pas menjadi semakin kuat dan mengadakan lebih banyak pakatan dengan Umno ke arah mengukuhkan Islam serta kuasa Melayu.

Matlamat Dap mudah! Bukan untuk mengalahkan BN, tetapi memastikan Pas kalah!

Inilah politik Islamophobia Dap!

MYNEWSHUB.CC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s