KEMPEN PRK: PENGUNDI CINA PASTI BERALIH ARAH

PILIHAN RAYA KECIL

PILIHAN RAYA KECIL

Banyak yang perlu difikirkan semula oleh pengundi Cina setelah dua kali PRU berlalu. Tsunami Cina pada PRU 13 bukan sekadar membuka mata BN mengenai penolakan pengundi Cina, tetapi turut memberi ruang kepada pengundi Cina sendiri untuk menilai semula kesan protes mereka.

Sebelum PRU 13, Pengundi Cina mungkin dipengaruhi janji DAP bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan dibentuk sebaik tamat pilihanraya, kerana orang Melayu juga akan menolak UMNO yang merupakan parti dominan dalam BN. Mendengar Janji DAP serta percaya kepada momentum rakan PR iaitu PKR dan PAS, akan meraih sokongan besar Melayu, antara penyebab utama Tsunami Cina pada PRU 13.

Kini PRU 13 hanya sejarah. Menghampiri tiga tahun selepas kebangkitan pengundi Cina menolak BN, kini muncul petunjuk baharu yang akan menjadi asas kepada perubahan sokongan politik masyarakat Cina.

Perkara paling mengecewakan mereka ialah musnahnya PR selepas PRU 13. Pertelagahan PAS dan DAP tidak dijangka. Kesannya apabila PAS memilih untuk berbaik dan berkompromi dengan UMNO, pengundi Cina terasa impaknya. Membiarkan MCA dan Gerakan menjadi lemah dalam kerajaan bererti melemahkan suara Cina dalam pentadbiran negara.

Apatah lagi, setelah melihat kerjasama UMNO dan PAS akan memungkinkan apa sahaja bentuk kompromi demi kebaikan Islam dan Melayu pasti diteruskan kerana UMNO mahu mengekalkan sokongan Melayu. Masyarakat Cina mula cemas, apabila sedar suara mereka lemah dalam Kerajaan.

Menguasai pembangkang di Parlimen bukan sesuatu yang menggembirakan. Masyarakat Cina mulai sedar, dengan sedikit sokongan rakan politik Sarawak, UMNO boleh bekerjasama dengan PAS demi Islam dan Melayu melalui undi majoriti mudah di Parlimen.

Membina jurang perkauman melalui polarisasi kuasa politik tidak menguntungkan masyarakat Cina. Walaupun ia berupaya menghantar isyarat jelas pada BN tentang perasaan kurang senang orang Cina terhadap beberapa dasar kerajaan.

Memprotes hak-hak Bumiputera dengan menggadaikan undi pilihanraya, kini memberikan impak yang tidak pernah dibayangkan pengundi Cina. Perpecahan DAP dan PAS, serta langkah PAS keluar daripada PR dan membentuk kerjasama dengan UMNO dalam isu-isu yang memberikan kepentingan mutlak kepada Islam membuatkan pengundi Cina sedar, langkah berada di luar kerajaan satu perangkap yang tidak dijangka.

Memang parti dominan Cina dalam BN, MCA dan Gerakan diberi kedudukan dalam kabinet. Namun realitinya, kuota tiga menteri untuk MCA dan satu menteri untuk Gerakan, sebenarnya lebih kepada ihsan UMNO. Ia bukan perkongsian kuasa tulen.

Dengan MCA hanya memiliki tujuh kerusi Parlimen, serta Gerakan mempunyai satu kerusi, kuota kabinet tidak menggambarkan kekuatan sebenar suara masyarakat Cina dalam kerajaan.

Isu RUU 355 memberi tamparan hebat pada masyarakat Cina. Perubahan politik di mana UMNO mahu bekerjasama dengan PAS satu petunjuk, bahawa sekiranya msayarakat Cina kekal sebagai kuasa pembangkang, orang Islam Melayu akan semakin bersatu dan mampu melakukan banyak perkara.

Ini satu cabaran besar, kerana ketika membuang undi pada 2013, masyarakat Cina tidak pernah membayangkan bahawa UMNO dan PAS boleh bekerjasama, malah akan seiring jalan dalam hal-hal kepentingan Islam dan Melayu.

Sikap UMNO yang tidak mempedulikan protes MCA, Gerakan dan MIC dalam isu RUU 355 turut memberi pengajaran kepada pengundi Cina. Satu petunjuk bahawa, berdasarkan keengganan orang Cina menyokong kerajaan, maka suara tempelan wakil rakyat mereka juga dianggap tidak laku dan tidak penting.

UMNO mahu meneruskan survivalnya, maka apa sahaja yang mempopularkan parti itu di kalangan pengundi Islam Melayu, pasti akan terus menjadi keutamaan.

Inilah yang difikirkan pengundi Cina di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sikap berterusan menolak kerajaan, tidak menjadikan masyarakat Cina semakin kuat, sebaliknya UMNO pula yang menjadi semakin nekad untuk mengenepikan mereka.

Dalam bahasa mudah: “Kamu tidak menyokong BN, jadi mengapa kami harus mengutamakan kamu?”

Barangkali, itulah bunyi mesej yang sedang didengar pengundi Cina sekarang!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s