600 PETUGAS KAWAL SELIA 22,320 JEMAAH HAJI MALAYSIA

kaabah

MADINAH, 17 Jun – Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah Malaysia menunaikan Ibadat Haji di Arab Saudi pada tahun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata secara puratanya setiap lapan orang petugas akan menjaga 3,200 jemaah bagi tempoh 45 hari pada musim haji yang akan bermula antara Ogos dan September nanti.

Beliau berkata 600 petugas itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rombongan Kebajikan seramai 350 petugas dan Rombongan Kesihatan yang terdiri daripada 250 petugas.

“Petugas Haji dari Rombongan Kebajikan adalah anggota TH sendiri, petugas dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kor Agama Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pembimbing Ibadat Haji (Pihtas),” katanya kepada pemberita Malaysia mengenai persiapan TH bagi musim haji tahun ini, di sini.
Rombongan Kesihatan pula akan terdiri daripada doktor-doktor pakar dan kakitangan kesihatan, katanya.

Syed Salleh berkata TH juga mengambil tenaga tambahan daripada kalangan penduduk tempatan sebagai Pembantu Petugas Haji (Patuh), seramai 260 orang. Beliau berkata latihan dan kemahiran petugas haji diberi penekanan melalui beberapa siri kursus yang diadakan sepanjang tahun sebelum bermulanya operasi haji.

“Ini adalah bagi melahirkan seorang Petugas Haji Idaman yang kompeten, mesra, cekap dan bermaklumat di setiap stesen operasi sama ada di tanah air maupun di Tanah Suci semasa berurusan dengan para jemaah,” katanya.

Bagi Operasi Haji Tanah Air di Malaysia pula bilangan petugas TH adalah seramai 250 orang dan agensi awam antara 800 hingga 1,200 orang, katanya.┬áBeliau berkata petugas agensi luar termasuk kakitangan PDRM, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri, Majlis Perbandaran dan kerajaan negeri,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s