AHLI PERNIAGAAN DITEMBAK MATI TIDAK MEMPUNYAI MUSUH

16tembak.transformed_0

SHAH ALAM, 17 Jun – Siasatan polis mendapati ahli perniagaan yang mati ditembak dalam kenderaannya berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau dekat sini Rabu lepas tidak mempunyai musuh dan tiada rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata mangsa yang dikenali Gooi Tan Hock, 43, menjalankan perniagaan menjual meja snooker selama setahun.

“Mengikut keluarga dan rakannya, mangsa tidak mempunyai musuh dan tidak bermasalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.35 petang Rabu lepas, Gooi dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang ditembak mati oleh seorang suspek bermotosikal yang mengekori rapat kereta Toyota Velfire yang dipandu mangsa.

Shafien berkata mangsa dipercayai ditembak ketika membayar tol menggunakan kad Touch N Go sebelum terbabas ke arah lorong kiri jalan. Katanya, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati dua peluru melekat pada bahagian badan mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar rakaman kamera litar tertutup berhubung kes itu kepada unit forensik bagi mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal suspek.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s