BEBERAPA R&R, HENTIAN PLUS DITUTUP TIGA HARI MULAI SELASA

PLUS Expressways Berhad

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan ditutup tiga hari kepada pengguna, mulai Selasa depan.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata penutupan sementara itu bertujuan melancarkan kerja penyelenggaraan di kawasan R&R serta hentian terlibat.

Hentian yang akan ditutup di Lebuhraya Utara-Selatan pada 21 Jun ialah kawasan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) di KM205 dan kawasan R&R Pagoh (Arah Selatan) di KM135.5 pada pukul 9 pagi hingga 4 petang manakala hentian sebelah Taiping (Arah Selatan) di KM212.6 akan ditutup dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Bagi Lebuhraya Seremban-Port Dickson, kawasan R&R Mambau (Arah Timur) di KM12.5 turut ditutup sementara dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari manakala kawasan R&R Machap (Arah Selatan) di KM74.7 Lebuhraya Utara-Selatan ditutup dari pukul 9 pagi hingga 4 petang pada 22 Jun.

Penutupan pada 23 Jun pula melibatkan kawasan R&R Rawang (Arah Utara) di KM440 Lebuhraya Utara-Selatan yang akan ditutup pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Sepanjang kerja penyelenggaraan ini dijalankan semua gerai, kiosk dan kemudahan awam lain akan ditutup kepada orang ramai manakala stesen minyak masih dibuka seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s