BELUM ADA KEPUTUSAN CUKAI MINUMAN BERGULA

drs.subramaniamgstmalaysiainfos.subramaniam

KUALA KANGSAR, 17 Jun – Belum ada sebarang keputusan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaiam.

Katanya cadangan tersebut masih dibincang di peringkat kementerian dan sebarang keputusan yang dibuat dipastikan akan memberi kesan baik kepada kesihatan rakyat Malaysia.

“Ia masih lagi kita bincangkan. Kita juga sedang meneliti adakah pengurangan subsidi terhadap gula yang kita laksanakan sebelum ini berjaya mengurangkan penggunaan gula dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Desa Ulu Kenas, Manong di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes di negara ini.

Mengulas mengenai Klinik Desa Ulu Kenas, Dr Subramaniam berkata klinik itu merupakan klinik desa ke-25 memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Kuala Kangsar. Katanya klinik yang menelan kos RM2.6 juta itu menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, rawatan pesakit luar serta perkhidmatan ibu dan anak.

Selain klinik desa tersebut, daerah Kuala Kangsar turut mempunyai enam Klinik Kesihatan dan dua Klinik Ibu dan Anak. Kawasan operasi klinik tersebut merangkumi lebih 1,500 penduduk Ulu Kenas dan penduduk tiga buah kampung sekitarnya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s