CURI PERMAINAN HARI JADI, BAPA DIPENJARA SEHARI

MAHKAMAH

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Seorang bapa yang mengaku bersalah mencuri barang permainan untuk hadiah hari jadi anaknya, dihukum penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Soon Hoh, 50, selepas dia mengaku bersalah mencuri sembilan jenis permainan termasuk sebuah Ninjago Masters of Spinjitzu dan enam buah kereta Hot Wheels yang berjumlah keseluruhan RM170.70 milik Tesco Scott Garden, di sini pada 8.30 malam, 15 Jun lepas.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh yang merupakan seorang penganggur menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. Tan yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak yang masih kecil dan permainan itu adalah untuk hadiah harijadi anaknya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s