KEKALKAN KERUSI BN – NAJIB

najib-kuala-kangsar1

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, membantu mengekalkan kerusi Barisan Nasional di kedua-kedua kawasan itu, bagi BN meneruskan perkhidmatan cemerlangnya.

Perdana menteri menerusi catatan terbaharunya dalam laman Facebook beliau hari ini, berkata pengundi bagi pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu, diharap tidak terpedaya dengan pembohongan dan permainan politik jahat pembangkang.

“Insya-Allah, hari ini hari terakhir berkempen sebelum penduduk di Kuala Kangsar dan Sungai Besar memainkan peranan penting mencorakkan masa depan kawasan mereka melalui proses demokrasi Pilihan Raya Kecil (PRK) negeri esok.

image

Calon Barisan Nasional Kuala Kangsar : Datin Mastura Mohd Yazid

Calon Barisan Nasional Kuala Kangsar : Budiman Mohd Zohdi

“Berikanlah peluang kepada Datin Mastura Mohd Yazid dan Budiman Mohd Zohdi untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang BN di kawasan anda,” katanya.

Kedua-dua PRK diadakan serentak esok berikutan kematian penyandang Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dan Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mastura (isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il), Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK kerusi Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman, calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Meru dan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Kawasan Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pemilih berdaftar, manakala di Sungai Besar terdapat 42,655 pemilih berdaftar.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s