SELANGOR, PERAK DIRAMAL HUJAN AWAL PAGI ESOK

Logo-Jabatan-Meteorologi-Malaysia

SUNGAI BESAR, 17 Jun – Cuaca diramalkan hujan awal pagi esok di satu dua tempat di kawasan pantai negeri-negeri di pantai Barat semenanjung, kata Jabatan Meterologi Malaysia.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi portal agensi itu memaklumkan keadaan itu berlaku berikutan tiupan angin Barat Daya yang lemah.

Menurut kenyataan itu lagi, hujan dan ribut petir juga dijangka melanda satu dua tempat di kawasan pedalaman Selangor dan Perak pada lewat petang dan senja. Bagaimanapun, pada sebelah malam, cuaca diramal baik di kebanyakan tempat di Selangor dan Perak, menurut kenyataan itu.

Esok merupakan hari pengundian bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Parlimen Sungai Besar, di Selangor dan Kuala Kangsar, di Perak setelah berkempen selama 12 hari, mulai 6 Jun lepas.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s