UNDI AWAL, HUJAN LEBAT DIRAMAL PETANG ESOK

Suruhanjaya Pilihan Raya

KUALA KANGSAR, 17 Jun – Pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dinasihat melaksanakan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi esok berikutan hujan lebat diramalkan berlaku di kawasan itu pada sebelah petang.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah yang memberikan nasihat itu berkata ini berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

“Hujan lebat mungkin menjejaskan mereka yang layak mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya kepada Bernama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional JMM, hujan dan ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di kawasan pedalaman Selangor dan Perak pada lewat petang esok.

Sebanyak 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi esok bagi memilih wakil rakyat mereka dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar. Sebanyak 312 merupakan pengundi awal dan lima lagi ialah pengundi tidak hadir.

Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

PRK itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s