WANITA INDONESIA MAUT DITETAK DI MANTIN

pdrm

NILAI, 17 Jun – Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dengan kesan tetakan di belakang kepala, badan, muka dan bahu di sebuah rumah teres dua tingkat di Mantin, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata Balai Polis Mantin mendapat panggilan mengenai penemuan mayat wanita yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya pada 11.15 pagi semalam.

“Terdapat kesan luka di bahagian kepala serta badan dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tujuh kesan tetakan dengan dua di belakang kepala, satu di belakang badan dan baki di muka dan bahu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan di rumah itu juga menemukan sebilah pisau pemotong daging bersebelahan mayat, yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa yang berusia 43 tahun itu. Katanya polis percaya kes itu bermotifkan cemburu dan pihaknya kini giat mencari suami mangsa yang berusia 48 tahun, warga Myanmar untuk membantu siasatan kes.

Zaldino berkata fotofit suami mangsa akan diedarkan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran.

“Sehingga kini suami mangsa yang bekerja sebagai pembantu pam minyak di Mantin tidak dapat dikesan dan gagal dihubungi. “Si mati mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun dan kami akan rakam percakapan anak mangsa,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s