PRK K.KANGSAR: 36 PERATUS KELUAR MENGUNDI SETAKAT 11 PAGI

Suruhanjaya Pilihan RayaKUALA KANGSAR, 18 Jun – Sebanyak 36 peratus daripada 32,632 pemilih yang berdaftar, keluar mengundi setakat pukul 11 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang berlangsung hari ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat pukul 10 pagi tadi proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku.
Semua 23 pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi pula memaklumkan sebanyak 3,000 anggota polis bertugas hari ini untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.
PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian angggota Parlimen masing- masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s