AYUH SEGERAKAN PRU 14 : MUSUH KINI LUKA PARAH

13177838_956013187798799_8007490336445416023_n

Tiga minggu sebelum PRK Sungai Besar, Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor meletakkan sasaran menang lebih 2 ribu undi sebagai langkah mengukuhkan reputasi Umno dalam persediaan menghadapi PRU 14 akan datang.

“Umno kena berusaha sedaya-upaya. Ini peluang terbaik untuk membuktikan Umno kembali diterima pengundi Selangor,” kata Datuk Ishak Harun.

Sebagai bahagian Umno yang berjiran dengan Sungai Besar, Ishak sedar, keputusan PRK ini turut memberi kesan kepada Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Datuk Irmohizam Ibrahim. Kebetulan Irmohizam juga menang tipis pada PRU lalu.

Seminggu sebelum PRK Sungai Besar, Pengarah Strategik dan Penyelidikan, Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail memaklumkan, calon BN di kedua-dua kawasan termasuk di Kuala Kangsar sedang mendahului dengan dua mata. Masih banyak cabaran perlu ditangani kerana tempoh kempen masih berbaki seminggu.

12 jam sebelum Hari Mengundi, portal pembangkang menyiarkan analisis sebuah pusat kaji selidik yang mengadakan temubual dengan 402 pengundi yang menjadi sampel trend mengundi di kedua-dua kawasan. Maklum balas kajian itu dilaporkan sebagai: BN mampu menang tipis di Kuala Kangsar tapi ada kemungkinan kejutan berlaku di Sungai Besar.

4 jam sebelum pembuangan undi, seorang rakan wartawan pada waktu sahur mengirimkan pesanan WhatsApp melahirkan keyakinan berdasarkan momentum akhir, Umno akan kalah di Kuala Selangor.

Banyak hisab dan rukyah dibuat dengan pelbagai andaian. Termasuk perpecahan undi Melayu kepada tiga parti, serta undi solid kaum Cina Dap pada PAN akan menjadi punca kekalahan calon Umno.

Walaupun diberikan pengiraan bahawa Umno akan kekal dengan undi solid yang diperolehi pada PRU lepas serta Pas dan PAN yang tertekan kerana berkongsi baki undi pembangkang, tidal semua dapat menerima pandangan ini.

Isu 1MDB, isu penggunaan kapal terbang sewaan yang dibangkitkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta isu GST sudah menjadi bagasi kepada calon BN. Malah, diburukkan lagi dengan isu konspirasi Umno dan Pas dalam isu pembentangan Usul Persendirian Pas mengenai RUU 355 bakal memusnahkan impian BN untuk mempertahankan kerusi.

Ini fobia utama yang melingkari apa saja perkara apabila kita bercakap mengenai peluang Umno untuk bertahan. Malah, apalagi untuk diperpanjangkan dengan analisis BN bakal menang dengan majoriti undi besar.

Semalam keputusan diumumkan. Seperti bom jerangkap jadinya. Meletup tiba-tiba apabila kedua-dua calon Umno berjaya memastikan BN menang dengan majoriti undi yang amat besar, serta tidak pernah dibayangkan sesiapa pun.

13442341_1020321998064094_7295461511338087692_n 13465972_1020322204730740_5343641526727404451_n

Dua angka majoriti cantik iaitu 9191 di Sungai Besar dan 6969 di Kuala Kangsar, sesuatu yang membuatkan ramai pihak termenung. Rafizi pasti menjadi orang yang paling berduka cita, kerana kempen anti Rosmah yang dijalankannya secara agresif sepanjang tempoh kempen tidak menghasilkan manfaat.

rafizi-ramli

Rafizi pakar dalam strategi membunuh karektor. Dia cekap memainkan sentimen kebencian secara strategik. Malah, Rafizi hampir berjaya memusnahkan pemimpin PKR sendiri. Rafizi memang menyimpan banyak cerita-cerita kebencian yang pasti akan digunakan menyerang calon-calon BN pada PRU 14 akan datang. Kisah kapalterbang hanya satu daripada ratusan cerita yang masih dalam simpanan Rafizi untuk bekal PRU 14 nanti.

Umno dan BN tidak perlu takut. Keputusan PRK semalam membuktikan, parti kerajaan itu tidak perlu fobia dengan isu-isu yang ada. Rakyat mahukan merit program pembangunan menuju masa depan. Isu GST dan 1MDB sudah melalui rally panjang dan meletihkan. Terlalu banyak cerita hingga isu tersebut sudah dilihat carca-marba.

PAN akan bertanding di semua kawasan Pas, dan Pas akan bertanding di kawasan Melayu PKR. Carta pertembungan tiga parti utama antara BN, Pakatan Harapan dan Pas akan mewarnai PRU 14. Dalam permusuhan tanpa batas antara PAN dan Pas, serta Pas dan Dap juga krisis dalaman PKR, adalah merit utama untuk BN kembali menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ayuh! Mulakan langkah segera menuju PRU 14. Musuh sudah teruk tercedera.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s