PENGHUNI PREMIS BERTINGKAT KELIRU CARA ASINGKAN SISA

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Operasi pengasingan sisa pepejal yang dilaksanakan secara mandatori di lapan negeri iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Johor sejak 1 Jun lalu berjalan lancar kecuali di kawasan premis bertingkat.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan Hazilah Gumri berkata hal ini berikutan terdapat penghuni premis bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium masih keliru tentang kaedah mengasingkan sisa baki dan sisa kitar semula dengan betul.

“Proses pengasingan sisa sama seperti di premis bertanah iaitu penghuni hanya perlu mengikut kaedah asas pengasingan mengikut tiga kategori iaitu plastik, kertas dan lain-lain serta sisa baki dalam beg sampah berbeza.

“Namun, yang membezakan antara kedua-dua jenis premis itu ialah penduduk di kediaman bertanah perlu meletakkan beg sampah berisi sisa kitar semula di tepi tong di hadapan rumah dan beg berisi sisa baki di dalam tong.

“Penghuni premis bertingkat pula perlu memasukan beg sampah berisi sisa kitar semula ke dalam bekas pengumpulan barang kitar semula yang telah disediakan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) premis berkenaan atau boleh juga dibawa ke pusat kitar semula,” katanya ketika dihubungi Bernama.

DSCN0578Hazilah mengulas mengenai kekeliruan sesetengah masyarakat khususnya di premis bertingkat tentang kaedah dan sistem sebenar pengasingan sisa baki dan sisa kitar semula.
Katanya, pegawai SWCorp akan membuat pemeriksaan beg-beg sampah yang telah dikumpulkan di kawasan premis bertingkat dan jika ada sisa yang sepatutnya diasingkan tetapi didapati bercampur dengan sisa lain, tindakan notis atau kompaun akan dikenakan kepada JMB tersebut.

“Sistem pengurusan sisa kitar semula bagi kediaman bertingkat adalah di bawah tanggungjawab pihak JMB. “Oleh itu, sekiranya JMB mempunyai kaedah atau inisiatif baharu dalam menggalakkan penghuni mengasingkan sampah kitar semula di rumah mereka, itu terpulang kepada pihak JMB di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata antara kaedah yang boleh dibuat adalah melabelkan beg sampah mengikut kategori, menggunakan beg sampah berlainan warna atau melabelkan beg sampah dengan nombor unit kediaman.

Hazilah berkata jadual kutipan sampah bagi premis bertingkat dan premis bertanah adalah sama iaitu dua kali seminggu untuk kutipan sisa baki manakala sekali seminggu untuk kutipan sisa kitar semula.

“Bagi kediaman bertingkat yang tidak diuruskan oleh pihak JMB, pengurusan sampah adalah bergantung kepada pihak pemaju premis terbabit. “Sekiranya mereka (pihak pemaju) tidak mengambil sebarang langkah dalam memastikan penghuni premis berkenaan mengasingkan sisa pepejal masing-masing, pihak pemaju tersebut yang akan dikenakan kompaun,” tambahnya.

Langkah pengasingan yang berkuat kuasa 1 Jun lalu mengenakan denda maksimum sehingga RM1,000 kepada mereka yang melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Penyewa atau pemilik premis bertanah boleh didenda RM50 bagi kesalahan pertama, RM100 (kesalahan kedua) dan RM500 (kesalahan ketiga) sementara bagi premis bertingkat dendanya masing-masing RM100, RM200 dan RM500.

Sisa pepejal yang boleh dikitar semula antaranya adalah peralatan elektronik, bahan fabrik seperti beg kulit, kasut; sisa kebun atau tanaman; plastik, sisa kaca atau seramik; sisa pukal seperti sofa, katil dan sebagainya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s