AIRASIA TEGAS TERUS PROMOSI KLIA2 SEBAGAI LCCT2

Air Asia new b

SEPANG, 21 Jun – AirAsia hari ini bertegas untuk terus merujuk dan mempromosikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebagai Terminal Penerbangan Tambang Rendah 2 (LCC2).

Pada masa sama, ia turut meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperakui peranan syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai penyewa terbesar di lapangan terbang terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata sejajar kempen yang dilancarkan syarikat itu baru-baru ini, AirAsia akan merujuk klia2 sebagai LCCT2 di laman sesawangnya, tiket dan bahan-bahan promosi berkaitan tidak lama lagi.

“Kami akan menanggung semua kos penjenamaan semula lapangan terbang itu dan kempen (mempromosi klia2 sebagai LCCT2) mungkin akan berterusan sampai bila-bila,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap reka bentuk klia2, Aireen berkata pihaknya tidak terbabit sewaktu pelan lapangan terbang itu dihasilkan. Berikutan itu, katanya, lapangan terbang berkenaan tidak menepati keperluan AirAsia biarpun syarikat penerbangan itu merupakan sebahagian besar atau 98 peratus daripada operasi di klia2.

“Setiap hari kami menghadapi isu sama – (masalah) retak, lapangan terbang yang kian tenggelam, lopak air di landasan…dan kami juga sukar untuk mengadakan pertemuan dengan MAHB,” katanya.

Selain itu, Aireen turut berkongsi ketidakpuasan hati terhadap kerja-kerja pembinaan di ibu pejabat sedia ada AirAsia di kawasan bekas Terminal Lapangan Terbang Penerbangan Rendah di sini.AirAsia dijadualkan berpindah masuk ke ibu pejabat baharunya di klia2 pada Oktober depan.

“Mereka memutuskan untuk memulakan pembinaan terminal logistik di sini. Ia hanya menyukarkan kami selain mengundang rasa tidak senang orang ramai…tanpa menghormati kami sedangkan kami masih lagi membayar sewa di sini.

“Bukannya salah kami apabila ibu pejabat itu gagal dibina tepat pada masanya kerana pelan lapangan terbang itu sudah diubah daripada asal. Mereka juga membenarkan kami untuk terus berada di sini sehingga ibu pejabat baharu itu siap,” katanya.

Aireen turut membangkitkan isu berhubung ‘kekalahan’ klia2 sebagai hab penerbangan tambang rendah terbesar dunia di tangan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, baru-baru ini.

“Kajian menunjukkan lebih 60 peratus daripada kapasiti perjalanan udara disumbang oleh penerbangan tambang rendah. Oleh itu, janganlah anda cuba menafikannya (peranan AirAsia).¬†“Apa akan jadi kepada LCCT2 jika kami berpindah ke lapangan terbang lain,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s