Komtar02

GEORGE TOWN, 21 Jun – Dengan fenomena La Nina diramal berlaku tidak lama lagi, banyak kawasan rendah di negeri ini dijangka terdedah kepada banjir kilat.

Pengerusi Jawatanakuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Tebatan Banjir Negeri Chow Kon Yeow berkata ketika ini terdapat kira-kira 10 kawasan rendah dikenal pasti. Chow berkata kini skuad khas dari Jabatan Pengairan dan Saliran, dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memantau dan memastikan rumah-rumah pam, berfungsi dengan baik, perangkap sampah dibersihkan bagi mengurangkan kemungkinan berlaku banjir.

Menurut Jabatan Meteorologi, Pulau Pinang akan mengalami hujan dan ribut petir pada kebanyakan hari minggu ini.

BERNAMA