BELUM DIWAJIBKAN LETAK PENGAWAL KAWAL MESIN ATM 24 JAM

IMG_6082

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pihak bank belum diwajibkan untuk meletakkan pengawal keselamatan selama 24 jam bagi meningkatkan keselamatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) daripada dirompak.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata setakat ini, ia bergantung kepada pihak bank untuk melaksanakan langkah keselamatan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Chua berkata sebanyak 68 kes rompakan mesin ATM dilaporkan berlaku di seluruh negara antara 2011 hingga Mei tahun ini.

Katanya, Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan sistem kawalan dan keselamatan ATM demi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan sentiasa terjamin.

“Ini juga termasuk pertukaran maklumat tentang lokasi ATM yang berisiko tinggi, data dan statistik terbaharu, teknik atau modus operandi penjenayah serta tindakan yang diambil pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Chua berkata setakat ini, sebanyak 268 syarikat dan laman web yang disyaki menjalankan skim haram telah disenaraikan di laman web Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk rujukan umum.

Katanya, langkah itu merupakan sebahagian usaha untuk membendung orang ramai daripada terjebak menjadi mangsa perniagaan haram seperti skim cepat kaya dan pertukaran wang asing serta syarikat perniagaan MLM and pelaburan emas yang tidak diluluskan kerajaan. Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk menyemak latar belakang sesebuah syarikat tersebut sebelum menyertainya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s