PANGLIMA TENTERA DARAT DILANTIK PANGLIMA ATM BAHARU DISEMBER INI

Raja-Mohamed-Affandi

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantikan Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkuat kuasa 16 Dis 2016.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan pelantikan itu berkata keputusan berkenaan dicapai melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-54 yang bersidang pada 23 Mei 2016 lalu dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hishammmudin berkata pengumuman itu dilakukan enam bulan lebih awal bagi mengelak spekulasi dibuat pihak luar dan memastikan peralihan tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan lancar selain membantu pemimpin terlibat membuat persediaan rapi.

“Mesyuarat MAT bersetuju meluluskan permohonan melanjutkan perkhidmatan melebihi umur persaraan wajib selama 12 bulan bagi Zulkifeli mulai 14 Jun sehingga 13 Jun 2017 dan beliau akan mengambil cuti tahunan terkumpul serta mengikuti latihan peralihan mulai 16 Dis 2016.

“Mesyuarat juga memperakukan pelanjutan tempoh perkhidmatan melebihi umur persaraan wajib selama 12 bulan untuk Raja Mohamed Affandi mulai 20 Jun 2017 sehingga 19 Jun 2018,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s