TARIKH KUAT KUASA ‘SIMPANAN SHARIAH’ KWSP IALAH 1 JAN SETIAP TAHUN

Kerja Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan 1 Jan setiap tahun sebagai tarikh kuat kuasa ‘Simpanan Shariah’ bagi para pencarum yang memilih untuk menukarkan simpanan mereka kepada akaun simpanan baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata penetapan tarikh itu dibuat mengikut peruntukan dana patuh syariah tahunan. Beliau berkata peruntukan dana patuh syariah untuk pencarum akan diberi mengikut giliran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh anggota Lembaga KWSP.

“Apabila pendaftaran Simpanan Shariah telah memenuhi kuota dana yang diperuntukkan pada tahun tersebut, pencarum yang telah membuat pilihan Simpanan Shariah tetapi belum berjaya memperoleh peruntukan dana itu perlu menunggu peruntukan dana patuh syariah tahunan yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai akaun ‘Simpanan Shariah’ yang akan diperkenalkan oleh agensi itu di ibu pejabat KWSP di sini, semalam. Shahril Ridza berkata pada tahun ini pendaftaran untuk ‘Simpanan Shariah’ akan dibuka kepada para pencarum KWSP mulai 8 Ogos hingga 23 Dis.

“Apa yang menarik mengenai Simpanan Shariah ini ialah ia terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan. Pencarum diingatkan membawa dokumen pengenalan diri di mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari,” katanya.

Shahril Ridza berkata KWSP akan melancarkan dana patuh syariah sepenuhnya pada 2017 sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat untuk menukarkan akaun simpanan mereka kepada status patuh syariah dengan saiz dana awal sebanyak RM100 bilion.

Beliau berkata pencarum KWSP hanya dibenarkan mempunyai satu akaun KWSP sahaja, sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah. Shahril Ridza juga berkata sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS), ditubuhkan oleh Lembaga KWSP untuk berperanan sebagai pihak berkuasa dalam perkara membabitkan syariah.

“JKPS dianggotai lima orang yang berkelayakan dalam bidang syariah dan mempunyai pengetahuan atau pengalaman luas dalam bidang syariah yang meliputi aspek perbankan, kewangan, undang-undang dan lain-lain disiplin yang berkaitan,” katanya.

JKPS dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin (Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academic for Islamic Finance) dan dianggotai Prof Madya Dr Aznan Hasan (Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Dr Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA).

Dua lagi anggota JKPS ialah Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIA) dan Dr Kamaruzaman Noordin (Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s